Firefox 8 Versi Stabil Kini Sedia Dimuat-Turun Daripada Pelayan FTP Mozilla

06 November 2011 0 comments



Baru sahaja kami menulis mengenai yang mana Mozilla akan melancarkan pelayar web generasi baru mereka secara rasminya pada hari Selasa ini, dan menariknya beberapa minit yang lepas, ia kelihatan yang mana pembangun pelayar web Firefox telah pun memuat-naik versi stabil Firefox 8 ke pelayan Mozilla, dan sedia dimuat-turun oleh semua pengguna.
Namun begitu, pihak Mozilla masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Sebelum ini, pada versi Firefox 5 dan juga Firefox 6, perkara sama juga berlaku, dimana pembangun pelayar web Firefox memuat-naik versi akhir beberapa hari sebelum Mozilla mengumumkannya secara rasmi.
Melalui Firefox 8, Mozilla membawakan perubahan pada panel carian mereka, menyertakan sokongan carian pada Twitter, selain meningkatkan masa permulaan Firefox 8 menjadikannya lebih pantas, sokongan HTML5 dan CSS3 yang dipertingkatkan, serta pada masa yang sama turut menyertakan cara pengurusan plugin yang serba baru sekaligus meningkatkan lagi sekuriti pelayar web berkenaan.
Bagi mereka yang berminat, Firefox 8 boleh dimuat-turun untuk platform WindowsLinuxdan juga Mac terus daripada pelayan Mozilla hari ini. Pengumuman rasmi berkaitan pelancaran pelayar web generasi baru ini dijangka akan diumumkan pada hari Selasa ini.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 MFKOMEGA.v1 | TNB